Monday 10 November 2014

IP Gemilang Nurseri Sg.Udang, Melaka ada apa??


assalamualaikum.

haaaa post kali ini biar gambar yang berbicara.
kata orang satu gambar dapat beri seribu makna.
betul ke tidak? meh try tengok ni. heheehhehe



colourful orchids. rambang mata ke tidakkkk...
nak orkid warna apa? ungu biru oren merah semua ada....
kalau takda tu maknanya dah terlambat lah...kehabisan stock.

orkid ni salah satu dari produk kami yang terlajak laris. hari ni sampai stock, esok dah tinggal dua tiga jenisss je. tapi jangan risau, jangan nangis dulu.
kami selalu restock barang barang kami.
jadi, bila sampai stock baru tu, cepat cepat datang dan sambar tauuu. 
jangan lengah-lengah lagiii. kalau tidak, menangis lagi skali. hehehehe.
datang lah IP Gemilang Nurrseri Sg. Udang, Melaka...pasti berbaloiii....

yang depan ni pulak, mini plam jawa. kecik molek saiz pokok dia, letak dalam rumah atas meja pun lawa kalau kretif susun. saya tahu, siapa yang baca blog ni, masing-masing ada magic touch,
mesti kebabom punya cara menghias rumah tu kannn. 


hah. ini pokok hiasan jugak... lagi berbaloi kalau beli.
tak susah pun nak biakkan dia. sekelip mata boleh buat dia jadi membiak banyakkkkk kat rumah tu.
cuma potong batangnya dan terus cucuk kat tanah. senang kan? dah laa cantik. 
dua warna lagi tu..beli satu pasu, boleh biakkan sendiri sampai berpasu-pasu kat rumah.
silap-silap boleh bukak nurseri jugak satu kat rumah. haahaha.


siapa nak awet muda? suka tak kelihatan sentiasa muda remaja SweetSeventeen selalu?
haaaa ni salah satu cara nya.
makan pucuk daun pokok ni. nama dia cekur. banyak lagi khasiat yang lain. 
tapi kalau nak buat jadi pokok hiasan pun boleh...hhehehe.
harga murah, kalau makan, kesihatan pun terjamin insyaAllah dengan izin Allah. 
berbaloi-baloi-baloi dah kalau gini.
cemana ni?? tak sudi ke??





eh ehh. burung pun suka datang nurseri kami. berapa kali dah buat sarang dan siap bertelur di celah pokok-pokok kami. hehehehe. takpa, peneman dan penghibur buat kami di nurseri bila lihat keletah ciptaan Allah yang pelbagai ni...


tahu tak apa ni? hehe
pasu yang diimport terus dari kilang di Perak.
kat mana lagi ada pasu-pasu yang berkualiti di Malaysia kalau bukan pasu tanah liat dari Perak.
kami pernah pergi sendiri ke kilang mereka dan lihat cara mereka menghasilkan pasu-pasu ini.
setiap pekerja memang teliti walaupun mereka buat kerja laju. 
Lagi-lagi kalau bab mengukir kat tepi pasu tuuu *menganis*


hehehe. hasil tanaman ketika masa lapang kami tahun lepas. 
masa tu, pokok ni kecil je tinggi dalam sejengkal. 
tengok sekarang, gedabak punya besar. banyak anak-anak dia keliling batang pokok tu.
senang je nak jaga pokok ni..tak susah pun. bai dia minum air jee...



ni diaaaa. pasu lagi. saiz standard, 3 lubang takda corak..
yang belakang tu nampak pasu untuk apa? 
iye betul..pasu orkid. semua jenis pasu insyaAllah akan ada stock kalau cari di nurseri kami.
untuk pengetahuan, setiap kali kami restock pasu, mungkin corak dia dah berlainan. kami tidak tetap dengan corak yang sama setiap kami restock yee.
cuma pasu yang biasa kosong tu, takde inovasi apa-apa laa.


 ni pulak pasu untuk pokok bonzai. tapi ada jugak yang beli sebab nak tanam pokok kunyit, daun kari daun kesum dan sebagainya....boleh jugakkk. tanam banyak-banyak pokok dalam satu pasu.
kan kretif namanya tuuuu.


gambar terakhir......produk terlaris kami setiap hari.
tanah kuning, tanah hitam dan tanah baja.
berdasarkan feedback dari customers kami yang menggunakan tanah ni, 
semua kata tanah dari nurseri kami ni bagus, menyuburkan pokok-pokok mereka.
alhamdulillah. tiada kata lain yang mampu kami ucapkan.


terima kasih semua yang berkunjung ke nurseri kami.
marilah singgah, IP Gemilang Nurseri di Sg. Udang, Melaka.
peta ada di entry yang sebelum ini.

jumpa lagi nanti. terima kasih kerana sudi membaca.
assalamualaikum.

4 comments:

  1. Ada x gambar gambar orkid serta harganya sekali. Kalo beli byk boleh htr ke eumah ker ?

    ReplyDelete
  2. Salam. Pasu bunga tu berapa harganya..kalau bercorak dan saiz yg standard 13 x 15 inci

    ReplyDelete
  3. Selamat pagi tuan,saya Shikhah, anda berminat tanah hitam organik kami,tak perlu letak baja.rm 4/6kg.penghantaran terus dari kami..
    Berminat whatsapp / call 0176565941

    ReplyDelete
  4. Ada jual pasu tanah liat yg paling besar? Kalau ada berapa ukuran tinggi dan lilitan serta harga.Tq

    ReplyDelete