Tuesday 22 November 2016

Membekal anak pokok buah-buahan

Assalamualaikum. Lama tidak menulis di sini. Kami lebih aktif di instagram 😅


Follow lah instagram kami
ye http://instagram.com/ipgnurseri


Banyak stok baru sampai. Durian manthong, bidara epal, mangga segala macam species, cempedak, nangka, durian belanda, jambu thailand, kelapa matag, kelapa pandan, jambu taiwan, jambu takda biji, longan, delima InsyaAllah semua ada. Boleh je kalau nak beli borong. Servis penghataran dalam Melaka...kalau luar Melaka, jom kita deal macam mana ye hehe


Oh, selain anak pokok buah-buahan, kami juga menjual pasu bunga pelbagai saiz, tanah, baja, pokok bunga/hiasan, herba ; rerama, cekur, kari, misai kucing, sireh, belalai gajah, mahkota dewa...


InsyaAllah ada. Kalau takda kami akan adakan untuk pembelian borong ye.

Nurseri kami terletak di TROPIKAL FRUIT FARM, SUNGAI UDANG / PERTANIAN SUNGAI UDANG. Ada di bahagian depan..tak perlu susah-susah masuk sampai ke dalam ok?

Boleh call +6012 391 7643 (wan) / +6012 294 3604 (KakBie)

ini serba sedikit produk di Nurseri kami. Jangan lupa datang singgah beli tau









Friday 2 October 2015

Instagram nurseri IP Gemilang

Assalamualaikum

Untuk lebih info tentang nurseri kami, IP Gemilang Nurseri, nurseri pertanian Sg. Udang Melaka, anda boleh add instagram baru kami (baru register account insta sebenarnya. Hahaha)

Instagram : ip_gemilang  (https://instagram.com/ip_gemilang/)

Gambar gambar pun masih tak banyak. InsyaAllah kami akan lebih aktif untuk info yang lebih pantas demi anda di instagram nanti. Jangan lupa followww! :D


Sunday 27 September 2015

Nurseri Pertanian Sungai Udang, Melaka

Assalamualaikum

Bila check semula dah hampir setahun tinggalkan blog ni. Lama jugak rupanya. Maaf...

Bagi yang tertanya, Nurseri kami masih beroperasi seperti biasa ye.. masih menjual *pelbagai jenis anak pokok buah-buahan,
*pokok bunga,
*beberapa jenis pokok herba,
*anak pokok gaharu,
*anak pokok tongkat ali
*baja yang sesuai untuk bunga, daun, buah
*pasu bunga bercorak, biasa, orkid, bonzai dll
*tanah hitam, top soil, tanah baja
*set meja simen ferro
dan lain-lain...jemput semua datang ke nurseri kecil kami (:

LANDMARK :
Pertanian / Tropical Fruit Farm Sungai Udang, Melaka.
Pintu masuk ke nurseri kami ada 2..
#1: berhampiran gerai buah-buahan. Depan tu ada gerai jual buah-buahan...ada pintu nurseri kami berhampiran situ.

#2: berhampiran cafe. Bila masuk ke pintu gerbang tropical fruit farm akan nampak cafe di sebelah kiri. Nanti ada satu nalan ke kiri, belakang cafe tu. Nnti akan nampak pintu masuk ke nurseri kami.

WAKTU OPERASI:
*Sabtu hingga Khamis. 10.00 pagi hingga 6.00 petang
**Jumaat tutup

Sebarang pertanyaan boleh contact 012-2943604 @ 012-3917643
ataupun whatsapp 01133006525

Have a nice day people. Mog Allah permudahkan dan murahkan rezeki dunia akhirat kita semua. InsyaAllah Aminnn

Monday 10 November 2014

IP Gemilang Nurseri Sg.Udang, Melaka ada apa??


assalamualaikum.

haaaa post kali ini biar gambar yang berbicara.
kata orang satu gambar dapat beri seribu makna.
betul ke tidak? meh try tengok ni. heheehhehe



colourful orchids. rambang mata ke tidakkkk...
nak orkid warna apa? ungu biru oren merah semua ada....
kalau takda tu maknanya dah terlambat lah...kehabisan stock.

orkid ni salah satu dari produk kami yang terlajak laris. hari ni sampai stock, esok dah tinggal dua tiga jenisss je. tapi jangan risau, jangan nangis dulu.
kami selalu restock barang barang kami.
jadi, bila sampai stock baru tu, cepat cepat datang dan sambar tauuu. 
jangan lengah-lengah lagiii. kalau tidak, menangis lagi skali. hehehehe.
datang lah IP Gemilang Nurrseri Sg. Udang, Melaka...pasti berbaloiii....

yang depan ni pulak, mini plam jawa. kecik molek saiz pokok dia, letak dalam rumah atas meja pun lawa kalau kretif susun. saya tahu, siapa yang baca blog ni, masing-masing ada magic touch,
mesti kebabom punya cara menghias rumah tu kannn. 


hah. ini pokok hiasan jugak... lagi berbaloi kalau beli.
tak susah pun nak biakkan dia. sekelip mata boleh buat dia jadi membiak banyakkkkk kat rumah tu.
cuma potong batangnya dan terus cucuk kat tanah. senang kan? dah laa cantik. 
dua warna lagi tu..beli satu pasu, boleh biakkan sendiri sampai berpasu-pasu kat rumah.
silap-silap boleh bukak nurseri jugak satu kat rumah. haahaha.


siapa nak awet muda? suka tak kelihatan sentiasa muda remaja SweetSeventeen selalu?
haaaa ni salah satu cara nya.
makan pucuk daun pokok ni. nama dia cekur. banyak lagi khasiat yang lain. 
tapi kalau nak buat jadi pokok hiasan pun boleh...hhehehe.
harga murah, kalau makan, kesihatan pun terjamin insyaAllah dengan izin Allah. 
berbaloi-baloi-baloi dah kalau gini.
cemana ni?? tak sudi ke??





eh ehh. burung pun suka datang nurseri kami. berapa kali dah buat sarang dan siap bertelur di celah pokok-pokok kami. hehehehe. takpa, peneman dan penghibur buat kami di nurseri bila lihat keletah ciptaan Allah yang pelbagai ni...


tahu tak apa ni? hehe
pasu yang diimport terus dari kilang di Perak.
kat mana lagi ada pasu-pasu yang berkualiti di Malaysia kalau bukan pasu tanah liat dari Perak.
kami pernah pergi sendiri ke kilang mereka dan lihat cara mereka menghasilkan pasu-pasu ini.
setiap pekerja memang teliti walaupun mereka buat kerja laju. 
Lagi-lagi kalau bab mengukir kat tepi pasu tuuu *menganis*


hehehe. hasil tanaman ketika masa lapang kami tahun lepas. 
masa tu, pokok ni kecil je tinggi dalam sejengkal. 
tengok sekarang, gedabak punya besar. banyak anak-anak dia keliling batang pokok tu.
senang je nak jaga pokok ni..tak susah pun. bai dia minum air jee...



ni diaaaa. pasu lagi. saiz standard, 3 lubang takda corak..
yang belakang tu nampak pasu untuk apa? 
iye betul..pasu orkid. semua jenis pasu insyaAllah akan ada stock kalau cari di nurseri kami.
untuk pengetahuan, setiap kali kami restock pasu, mungkin corak dia dah berlainan. kami tidak tetap dengan corak yang sama setiap kami restock yee.
cuma pasu yang biasa kosong tu, takde inovasi apa-apa laa.


 ni pulak pasu untuk pokok bonzai. tapi ada jugak yang beli sebab nak tanam pokok kunyit, daun kari daun kesum dan sebagainya....boleh jugakkk. tanam banyak-banyak pokok dalam satu pasu.
kan kretif namanya tuuuu.


gambar terakhir......produk terlaris kami setiap hari.
tanah kuning, tanah hitam dan tanah baja.
berdasarkan feedback dari customers kami yang menggunakan tanah ni, 
semua kata tanah dari nurseri kami ni bagus, menyuburkan pokok-pokok mereka.
alhamdulillah. tiada kata lain yang mampu kami ucapkan.


terima kasih semua yang berkunjung ke nurseri kami.
marilah singgah, IP Gemilang Nurseri di Sg. Udang, Melaka.
peta ada di entry yang sebelum ini.

jumpa lagi nanti. terima kasih kerana sudi membaca.
assalamualaikum.

#2

Hai assalamualaikum.

Lama tidak update blog ni..
Owner kekangan masa sejak akhir2 ni..hehehe maafff.

Alhamdulillah, hari ini ada sedikit masa untuk diluangkan.
jadi, saya nak tanya....dah singgah ke belum Nurseri kami di Sg.Udang, Melaka tu?

apa??? haritu dah pergi....tapi cari tak jumpaa?
alaaahai...

okay okay, jangan risau....nah peta...



kalau ikut peta ni, agak agak boleh jumpa tak?
hmmmm kalau tak boleh jugak, iniiiii dia klu terpenting!



haaaaa.....kalau lalu sepanjang jalan besar area Sg. Udang tu,
mesti ada jumpa dengan pintu gerbang ni.
betul tak?? betul kan....

makna nya dah sampai lah tuuuu...jangan takut-takut nak masuk pulakkk.
bila dah masuk pintu gerbang tu, terus nampak di sebelah kiri ada cafe...depan sikit ada lorong.

HAH! dah sampai punn kat pintu kedua nurseri kami. hehehe
Iye, ada dua pintu, pintu pertama kat tempat parking depan tu....
dekat dengan gerai buah-buahan depan tu...
nak ikut situ pun dialu-alukan....
mana mana pun boleh,
cuma kalau ikut pintu depan, kakak-kakak dengan abang-abang jumpa pasu dulu,
kalau ikut pintu kedua, kakak-kakak dengan abang-abang jumpa pokok-pokok dulu..

jangan serik ye, pasti berbaloi dengan harga yang ditawarkan walaupun susah nak mencari lokasi nurseri kami pada mulanya tu..

terima kasih, assalamualaikum (:

Thursday 18 September 2014

pengenalan produk kami :D

Assalamualaikum,

IP Gemilang Nurseri merupakan 100% perniagaan milik melayu.

Terletak di Sg. Udang Melaka..hmmm tak tahu kat mana?

Kalau nak lebih terperinci, kepada yang berminat boleh mencari Tropikal Fruit Farm atau Jabatan Pertanian Sg. Udang..

Jangan risau, kami menawarkan harga yang sangat sangat berpatutan. Sebab apa?
Sebab kami juga seorang pembeli kepada penjual lain...jadi kami faham apa yang anda inginkan...

Kalau sedang mencari :

*baja2 pokok, tanah hitam, tanah coklat,

*pasu saiz kecil ke besar, bercorak ke kosong, pasu orkid, piring alas pasu,

*anak2 pokok buah-buahan rambutan, mangga, jambu, durian, durian belanda, kelapa yang setiap satunya ada pelbagai jenis lagi..termasuk anak2 pokok limau purut, limau kasturi,

*pokok2 bunga seperti orkid, puding, bonzai dan banyakk lagi pokok yqng sesuai untuk dihias di sekitar halaman rumah..

Haaaaa banyak ke tak banyak pilihannya?

Ada masa marilah singgah ke nurseri kami.
Masa beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang...

Jadi, datang dan lihat sendiri..okay?